Cara Buat Ketupat


Langkah 1: sediakan daun kelapa

Langkah 2: buang lidi pada daun kelapa
Langkah 3: Selepas lidi dibuang, jadilah 2 helai daun seperti gmbar di atas
Langkah 4: Lilit 1 bahagian daun kelapa di tangan kanan (kiri pun bleh) sebanyak 4 kali lilit





Langkah 5: Lilit 1 lg bahagian daun kelapa di tangan kiri (kanan jika yg awal td gune tgn kiri) sebnyak 4 kali lilit

Langkah 6: Pastikan lilitan pada tgn kiri dan tgn kanan adalah berlawanan arah. (contoh: hujung yg besar pada tgn kanan di bawah, hujung yg besar pada tgn kiri di atas)

Langkah 7: Pegang hujung lilitan pd tgn kanan dan tgn kiri dgn erat dan saling masukkan daun lilitan itu (rujuk gmbar) dan teruskan pada lilitan seterusnya seperti menganyam tikar

Langkah 8: Teruskan anyaman pada lilitan yg seterusnya...
Langkah 9: Teruskan anyaman pada lilitan yg seterusnya (pd tgn kanan dan kiri)

Langkah 10: teruskan anyaman sehingga lilitan yg ke-4 (rujuk gmbar)

Langkah 11: Apabila siap anyaman untuk lilitan, anda akan mendapati bahwa hujung yg kecil bertembung dan hujung yg besar berada pada bucu yg berlawanan


Langkah 12: Tarik hujung yg kecil keluar dan gantikan hujung yg kecil dgn hujung yg besar (anyaman sperti anyaman tikar)



Langkah 13: Teruskan anyaman pada hujung yg besar bucu yg satu lg
Langkah 14: Hujung yg besar betemu dan hujung yg kecil berada pada bucu yang berlawanan

Langkah 15: Anyam hujung yg kecil ke arah bucu yg belawanan dgn bucu hujung yg besar


Langkah 16: Jadilah mcm ini. kemaskan ia supaya kelihatan lebih kemas dan tidak bocor apabila beras di masukkan





Langkah 17: Jadilah kelongsong ketupat


Langkah-langkah untuk memasukkan beras:
Langkah 1: Masukkan hujung yg besar ke dalam anyaman kelonsong ketupat

Langkah 2: Jadilah macam gambar di atas
Langkah 3: Pada hujung yg kecil, bukakan sebelah hujung supaya kelihatan lubang seprti di atas. Masukkan beras sebnyak 1 per 3 kelonsong ketupat

Langkah 4: Selepas memasukkan beras, ikat kedua-dua hujung yg kecil sepeti gmbar di atas